Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

INDONESIA

11 maut, 1 hilang selepas feri karam menuju ke Bintan

Apr 29, 2023 | 05:30 AM



JAKARTA: Sekurang-kurangnya 11 orang maut dan seorang hilang selepas sebuah feri karam di luar pantai timur pulau Sumatera di Indonesia, kata agensi mencari dan menyelamat negara itu, Basarnas, pada Jumaat.



Pasukan penyelamat menyelamatkan 62 orang dan menemui mayat - kebanyakannya wanita dan kanak-kanak - selepas kemalangan di luar pantai wilayah Riau barat, yang berlaku pada petang Khamis, kata jurucakap Basarnas, Encik Kukuh Widodo.



"Bot yang terbalik itu membawa 74 orang. Sebanyak 62 terselamat dalam kejadian itu, 11 maut dan seorang lagi masih dalam pencarian," kata Encik Kukuh.



Beliau menambah, bot laju yang menuju ke bandar Tanjung Pinang di Bintan itu terbalik sejurus selepas meninggalkan pelabuhan Tembilahan, yang terletak 198 kilometer jauhnya.



Punca kemalangan masih disiasat, kata pegawai itu, dengan laporan awal mengatakan kapal itu telah melanggar kayu balak kira-kira 30 minit dalam pelayarannya.



Beliau memberi amaran bahawa bilangan yang hilang boleh meningkat kerana bilangan tepat orang di atas kapal Evelyn Calista 01 itu belum dapat disahkan.



Adalah perkara biasa di Indonesia bagi bilangan penumpang sebenar di atas bot berbeza daripada yang tersenarai.



Encik Kukuh berkata pihaknya akan menunggu laporan orang hilang daripada keluarga atau rakan mangsa sebelum dapat menentukan jumlah sebenar mangsa.



"Ini mungkin mengambil masa beberapa hari. Bot laju berkenaan memang jauh terlalu kecil untuk membawa 80 penumpang," katanya.



Kemalangan marin juga agak sering berlaku di Indonesia, kepulauan Asia Tenggara dengan sekitar 17,000 pulau, disebabkan oleh piawaian keselamatan yang longgar.



Pada 2018, lebih 150 orang mati lemas apabila sebuah feri karam di salah satu tasik terdalam di dunia di pulau Sumatera. - AFP, Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >