MUZAFFARABAD: Sekurang-kurangnya 11 maut, manakala 13 lagi cedera selepas sekumpulan keluarga ditimpa runtuhan salji di Laluan Puncak Shounter, Pakistan.
Ketika kejadian, suku kaum masyarakat perantau atau nomad itu sedang menyeberangi pergunungan di utara Pakistan pada ketinggian 4,420 meter dari paras laut, menghubungkan daerah Astore di wilayah Gilgit-Baltistan ke lembah Kashmir.
Agensi pengurusan bencana Pakistan berkata semua mayat sudah ditemui, manakala mangsa yang cedera termasuk seorang kanak-kanak dibawa ke hospital tempatan dan dikatakan dalam keadaan kritikal.
Keadaan cuaca buruk menghalang operasi mencari dan menyelamat (SAR), selain menyukarkan akses ke lokasi terpencil. – Reuters.
COLOGNE: Bayern Munich membuat keputusan untuk ‘berpisah’ dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kelab, Oliver Kahn, dan Hasan Salihamidzic.
Keputusan mengejutkan itu dibuat hanya beberapa minit selepas pasukan itu meraih gelaran ke-11 berturut-turut dalam saingan Bundesliga.
Kahn, yang mengambil tugas berkenaan pada 2021 bagi menggantikan Karl-Heinz Rummenigge, akan digantikan berkuatkuasa serta-merta oleh Jan-Christian Dreesen, kata kelab itu dalam satu kenyataan.
“Satu keputusan yang sukar dibuat untuk berpisah dengan Oliver tetapi kami membuat kesimpulan berdasarkan perkembangan keseluruhan serta rombakan semula dalam lembaga pengarah,” kata Bayern. – Reuters.
JOHOR BAHRU: Penganjuran pesta berunsur maksiat ‘Gang Bang JB Party’ yang sebelum ini menjadi kontroversi didakwa tetap akan diadakan pada tarikh baru, namun di lokasi yang dirahsiakan.
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Johor, Encik Mohamad Taufiq Ismail, berkata pihaknya mendapati terdapat cubaan menukar tarikh penganjuran pesta itu kepada 10 Jun ini, walaupun mendapat kecaman serta bantahan pelbagai pihak.
Bagaimanapun, beliau berkata, hantaran berkaitan penganjuran pesta berunsur maksiat seks itu didapati sudah dipadam.
“Penganjuran pesta berkenaan memang belum berlaku, tetapi ada poster yang tular, mula-mula 20 Jun, tetapi dalam ciapan Twitter baru dipercayai penganjur, katanya silap tarikh, akan tukar 10 Jun, tetapi saya lihat sudah dipadam. – BHM.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg