Premium
12 maut dalam tanah runtuh di Sukabumi
Mar 31, 2015 | 5:30 AM
JAKARTA: Seramai 12 orang terbunuh dan empat masih hilang dalam tanah runtuh akibat hujan lebat yang melanda daerah Sukabumi, Jawa Barat, menurut pegawai Indonesia semalam.
Jurucakap agensi pengurusan bencana kebangsaan, Encik Sutopo Purwo Nugroho, berkata kejadian berlaku di perkampungan Tegal Panjang lewat kelmarin.

