Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

128 maut dalam serangan di rapat pilihan raya Pakistan

Jul 14, 2018 | 03:55 PM



PAKISTAN -- Seorang pengebom nekad membunuh 128 orang dalam rapat pilihan raya barat daya Pakistan dalam serangan kedua berkaitan pilihan raya kedua pada  Jumaat (13 Julai), kata para pegawai, di tengah-tengah ketegangan yang semakin meningkat ekoran penyertaan semula Nawaz Sharif menjelang undi pada 25 Julai.



Pengeboman itu merupakan serangan korban paling ramai di Pakistan dalam masa tiga tahun dan merupakan insiden keganasan ketiga minggu ini berkaitan pilihan raya.



Ia berlaku ketika pemerintah sementara Pakistan melancarkan serangan terhadap perhimpunan politik. Nawaz Sharif, yang telah digulingkan oleh Mahkamah Agung pada tahun lalu dan disabitkan rasuah tanpa kehadirannya minggu lalu, tiba di negara itu untuk menggembleng partinya menjelang pilihan raya.

Menteri Dalam Negeri Baluchistan, Encik  Agha Omer Bangulzai, memberitahu Reuters bahawa angka kematian dalam serangan itu telah meningkat kepada 128 orang, dengan lebih 150 cedera.



Pegawai polis kanan Qaim Lashari sebelum ini mengatakan lebih 1,000 orang hadir dalam rapat di bandar Mastung di wilayah Baluchistan yang dilanda keganasan.



Militan Islam yang dikaitkan dengan Taliban, Al-Qaeda dan ISIS telah beroperasi di wilayah itu, yang bersempadan dengan Iran dan Afghanistan. Ia juga menghadapi kebangkitan  pemberontakan etnik pribumi Baluch yang memerangi pemerintah pusat.



ISIS mendakwa bertanggungjawab terhadap serangan itu, kata agensi berita AMAQ kumpulan itu. Kumpulan ini tidak memberikan butiran lanjut atau bukti dakwaannya.

Pada Februari 2017, ISIS mendakwa bertanggungjawab pengeboman bunuh diri di sebuah kuil di selatan Pakistan, membunuh 83 orang dan mencederakan lebih 150 orang.



Antara yang terbunuh dalam serangan pada Jumaat adalah calon Baluchistan, Siraj Raisani. Saudaranya, Nawab Aslam Raisani, telah berkhidmat sebagai ketua menteri wilayah dari  2008 hingga 2013.



Raisani adalah calon kedua pilihan raya yang dibunuh minggu ini dalam keganasan menjelang pilihan raya.



Seorang pengebom nekad meletupkan bom di rapat sebuah parti politik anti-Taleban di bandar utara Peshawar pada Selasa, ibu kota wilayah Khyber Pakhtunkhwa, membunuh 20 orang termasuk Haroon Bilour yang berharap memenangi kerusi dalam pilihan raya.



Taliban Pakistan mendakwa bertanggungjawab terhadap serangan itu. -- Reuters



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >