13 mangsa yang diselamat dari gua Thai diizin keluar hospital
Premium
13 mangsa yang diselamat dari gua Thai diizin keluar hospital
Jul 19, 2018 | 5:30 AM
SUDAH SIHAT: Anggota pasukan bola sepak 'Wild Boars' tiba di lokasi sidang media di Chiang Rai semalam. - Foto REUTERS -
CHIANG RAI (Thailand): Dua belas budak lelaki dan jurulatih bola sepak mereka yang diselamatkan selepas terperangkap dalam gua di utara Thailand disebabkan banjir, telah dibenarkan keluar hospital semalam dan bercakap kepada media buat kali pertama.
Anggota pasukan bola sepak Wild Boars itu dibenarkan keluar hospital sehari lebih awal dari yang diumumkan sebelum ini, dan pihak berkuasa berharap sesi soal jawab akan menjawab spekulasi media mengenai pengalaman mereka berada dalam gua itu dan diselamatkan dalam misi berbahaya yang mengorbankan nyawa seorang pekerja penyelamat.

