Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

13 maut akibat tanah runtuh di Ivory Coast, ramai hilang

Jun 19, 2020 | 9:47 AM
Orang ramai mencari mangsa dan mayat di tempat kejadian tanah runtuh di Anyama, dekat Abidjan.
Orang ramai mencari mangsa dan mayat di tempat kejadian tanah runtuh di Anyama, dekat Abidjan. - AFP

ABIDJAN: Seramai 13 orang terkorban pada Khamis (18 Jun) sementara yang lain termasuk kanak-kanak hilang dan dikhuatiri mati dalam tanah runtuh yang meratakan rumah dan menggantung khidmat kereta api di pinggir kota utama Ivory Coast, Abidjan. Penduduk berkata beberapa kanak-kanak meninggal dunia atau hilang di pinggir Anyama, di utara bandar pesisir itu. Tanah runtuh dan banjir adalah perkara biasa di Abidjan, ibu kota ekonomi pengeluar koko terbesar dunia, semasa musim hujan yang bermula pada Mei dan biasanya berlangsung hingga hujung Julai. "Jumlah kematian sementara adalah 13 orang dan pencarian terus dilakukan," kata pengawas Abidjan, Vincent Toh Bi, tanpa menyatakan sama ada angka itu termasuk kanak-kanak. Beliau menambah "20 rumah dihanyutkan." Sekitar 10 orang dimasukkan ke hospital, kata penduduk tempatan. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg