13 maut apabila karaoke di Hanoi dijilat api

HANOI: Satu kebakaran yang membaham sebuah bar karaoke membunuh 13 orang dan mencederakan dua pegawai polis di ibu negara Vietnam, Hanoi, kata seorang pegawai pada Rabu (2 Nov).

Kebakaran itu meletus pada Selasa (1 Nov) petang di sebuah bangunan berbilang tingkat di daerah komersial Cau Giay dan cepat merebak ke tingkat lain serta bangunan sebelah, menurut pegawai tempatan The Chung.

Gambar menunjukkan kepulan asap keluar dari bangunan tersebut sedang anggota bomba menggunakan kren menyimbah api, sedang kereta dan motosikal di luar juga terbakar.

"Beratus-ratus anggota bomba dan pegawai polis dikerahkan untuk memadamkan api," kata Chung.

Menurut beliau, dua pegawai polis sedang dirawat selepas cedera semasa cuba memadamkan kebakaran itu.

Pada Rabu, orang ramai melihat sedang para pegawai memeriksa bangunan hangus itu dan pintu masuknya yang binasa, dengan motosikal hangus dan bangkai lain melimpah keluar ke kaki lima.

"Saya sedang membawa barang-barang saya apabila saya melihat api tiba-tiba melanda," kata Cik Do Thi Kha, 77 tahun, seorang penjaja di kawasan itu.

"Api merebak ke dua atau tiga bangunan sebelah sebelum saya lihat trak bomba datang. Ia sangat dahsyat. Saya terkejut. Mereka tidak ada cukup air untuk memadamkan api," katanya.

Perdana Menteri Nguyen Xuan Phuc telah mengarahkan polis supaya segera menyiasat punca kebakaran itu dan "menghukum dengan serius bagi sembarang salah laku", lapor laman web rasmi kerajaan.

Kebakaran perkara biasa di rumah, bar dan restoran di Vietnam, di mana keupayaan mencegah dan memadam kebakaran terhad.

Pada Mei 2014, lima orang mati terbakar dalam kebakaran di sebuah bar karaoke di Hanoi selepas kerosakan elektrik mencetuskan kebakaran besar.

Sebuah lagi karaoke di bandar musnah dalam kebakaran September lalu, tetapi tiada kemalangan jiwa dilaporkan. - AFP

Waktu Solat

Subuh
5:27
Syuruk
6:48
Zuhur
12:51
Asar
4:13
Maghrib
6:52
Isyak
8:04
3 HR PSI: 24
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.