Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

13 maut di jalan raya Malaysia semalam

May 4, 2022 | 6:01 PM
Secara keseluruhan, 89 kematian dicatatkan dalam tempoh lima hari sejak operasi itu dilancarkan pada 29 April lalu.
Secara keseluruhan, 89 kematian dicatatkan dalam tempoh lima hari sejak operasi itu dilancarkan pada 29 April lalu. - NSTP

KUALA LUMPUR: Sebanyak 13 lagi kematian dilaporkan pada hari kelima operasi lalu lintas Malaysia sempena Aidilfitri, semalam (3 Mei).

Ini menjadikan 89 kematian dicatatkan dalam tempoh lima hari sejak Op Selamat 18 itu dilancarkan pada 29 April lalu, lapor Berita Harian Malaysia.

Operasi lapan hari itu bertujuan memastikan aliran trafik yang lancar.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain, berkata sepanjang lima hari operasi itu dijalankan, sebanyak 8,361 kemalangan berlaku membabitkan 10,869 kenderaan.

Daripada jumlah itu, 85 kes kemalangan maut dicatat yang mengakibatkan 89 kematian.

"Semalam, sebanyak 13 kemalangan dilaporkan berlaku dengan 13 kematian. Angka itu satu penurunan besar berbanding 1 Syawal, yang mencatatkan 28 kematian menerusi 25 kemalangan maut.

"Statistik Op Selamat 18 keseluruhan setakat ini mendapati penunggang/pembonceng motosikal masih mencatat kematian tertinggi dengan 54 kematian, diikuti pemandu/penumpang kereta (25).

"Selain itu, pejalan kaki (enam), pemandu/penumpang van (dua), pemandu/penumpang teksi dan pemandu/penumpang jip, masing-masing satu kematian," katanya semalam.

Datuk Razarudin berkata, Selangor masih mencatat jumlah kemalangan tertinggi dengan 1,943 kes diikuti Johor (1,147), Kuala Lumpur (810), Perak (798), Pulau Pinang (697), Pahang (463) dan Negeri Sembilan (422).

Kelantan mencatat 392 kes dan diikuti Melaka (331), Sabah (269), Sarawak (260), Terengganu (240) dan Perlis (58).

Selangor turut mencatat jumlah kemalangan maut tertinggi dengan 11 kes, diikuti Johor dan Pahang yang masing-masing mencatat sembilan kes, dan Perak serta Sarawak yang masing-masing mencatat tujuh kes.

Seterusnya, Kedah, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan masing-masing mencatat enam kes, Terengganu dengan lima kes, Kuala Lumpur dengan empat kes, Perlis dengan tiga kes dan Melaka serta Sabah masing-masing dengan dua kes.

"Kebanyakan kemalangan berlaku di jalan bandaran, iaitu dalam tempoh lima hari Op Selamat 18, sebanyak 3,398 kemalangan dicatatkan di jalan itu.

"Ini diikuti dengan jalan Persekutuan dengan 1,783 kes, jalan negeri (1,619), lebuh raya (880) dan jalan lain (681)," katanya.

Mengenai saman, Datuk Razarudin berkata, 142,993 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan sepanjang lima hari Op Selamat 18.

"Sebanyak 106,358 saman dikeluarkan atas enam kesalahan utama, iaitu memandu melebihi had laju, memandu di lorong kecemasan, memotong di garisan berkembar, memotong barisan, melanggar lampu isyarat dan menggunakan telefon bimbit.

"Dalam tempoh lima hari ini, saman tertinggi dikenakan bagi kesalahan memandu melebihi had laju dengan 106,358 saman, diikuti melanggar lampu isyarat (1,570), menggunakan telefon bimbit (876), memotong barisan (613), memotong garisan berkembar (398), memandu di lorong kecemasan (278)," katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg