13 tahun selepas 9/11... One World Trade Centre berdiri megah
Premium
13 tahun selepas 9/11... One World Trade Centre berdiri megah
Nov 5, 2014 | 5:30 AM
13 tahun selepas 9/11... One World Trade Centre berdiri megah
Pusat Dagangan Dunia - Foto REUTERS -
NEW YORK: Pusat Dagangan Dunia, bangunan tertinggi di Amerika Syarikat, meraikan penyewa pertamanya - syarikat penerbitan Conde Nast - 13 tahun selepas serangan 11 September yang menyebabkan dua menara kembar asalnya musnah.
Kira-kira 175 eksekutif Conde Nast yang menerbitkan majalah seperti The New Yorker dan Vanity Fair memasuki pintu bangunan yang terletak di Vesey Street, berhampiran memorial dan muzium tempat menara kembar pernah berdiri megah sebelum serangan pengganas itu.

