Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PERANG DI UKRAINE

13 terbunuh dalam serangan peluru berpandu Russia

Jun 29, 2022 | 05:30 AM



KYIV: Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh kelmarin selepas peluru berpandu didakwa milik Russia dilancarkan ke arah pusat beli-belah yang sesak di Kremenchuk, sebuah bandar di tengah Ukraine.



Gabenor wilayah Poltava, di mana terletaknya Kremenchuk, memaklumkan kejadian tersebut mencetuskan kemarahan antarabangsa.



"Serangan Russia pada hari ini ke arah pusat beli-belah di Kremenchuk adalah salah satu tindakan pengganas paling kurang ajar dalam sejarah Eropah," kata Presiden Ukraine, Encik Volodymyr Zelensky, dalam siaran petang semalam yang dimuatnaik menerusi aplikasi Telegram.



Menurut Gabenor, Encik Dmytro Lunin, angka kematian meningkat daripada 10 sehingga sekurang-kurangnya 13 orang dan lebih 40 orang tercedera.



Terdahulu, Encik Zelensky berkata, lebih 1,000 orang awam berada di pusat beli-belah itu ketika peluru berpandu mengenai bandar terbabit yang mempunyai populasi seramai 220,000 orang sebelum perang meletus.



"Pusat beli-belah itu terbakar, penyelamat bertungkus-lumus memadamkan api. Angka mangsa mustahil untuk dibayangkan," kata Zelensky menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebook.



Video yang dikongsikan oleh Presiden Ukraine menunjukkan pusat beli-belah itu diselubungi nyalaan api dan puluhan penyelamat serta trak bomba berada di perkarangan.



Perkhidmatan kecemasan turut menyiarkan imej menunjukkan kesan bara yang terdapat dalam bangunan terbabit dan pasukan bomba serta penyelamat cuba untuk membersihkan serpihan.



Dalam pada itu, Kementerian Pertahanan Ukraine berkata, serangan itu sengaja dilakukan bertepatan dengan waktu paling sibuk di pusat beli-belah itu termasuk menyebabkan angka mangsa yang maksimum.



Tentera udara Ukraine berkata, pusat beli-belah itu diserang dengan peluru berpandu antikapal Kh-22 yang dilancarkan pengebom Tu-22, dari wilayah Kursk di barat Russia.



"Tembakan peluru berpandu di Kremenchuk mengenai kawasan yang sangat sibuk dan tidak mempunyai kaitan dengan permusuhan," kata Datuk Bandar, Encik Vitali Maletsky menerusi Facebooknya.



Encik Lunin mengecam serangan itu sebagai 'jenayah perang' dan 'jenayah terhadap kemanusiaan' serta mengatakan ia adalah 'tindakan keganasan sinis terhadap orang awam'.



Susulan itu, Menteri Luar Ukraine, Encik Dmytro Kuleba, pula menyeru sekutu Kyiv untuk membekalkan lebih banyak senjata berat dan mengenakan sekatan baharu ke atas Russia.



Sementara itu, Presiden Russia, Encik Vladimir Putin dijadualkan melawat dua bekas negara Soviet di Asia tengah minggu ini, yang bakal menjadi lawatan pertamanya ke luar negara selepas melancarkan pencerobohan ke atas Ukraine.



Koresponden Kremlin bagi stesen televisyen Rossiya 1, Pavel Zarubin, melaporkan Encik Putin akan melawat Tajikistan dan Turkmenistan, sebelum bertemu Presiden Indonesia, Joko Widodo di Moscow.



Di Dushanbe, Encik Putin akan bertemu Presiden Tajikistan, Encik Imomali Rakhmon, yang juga sekutu rapat Russia serta pemimpin paling lama memerintah di bekas negara Soviet itu.



Di Ashgabat, Presiden Russia itu akan menghadiri persidangan negara Caspian yang bakal dihadiri pemimpin Azerbaijan, Kazakhstan, Iran dan Turkmenistan, lapor Zarubin.



Encik Putin turut merancang melawat bandar Grodno di Belarus pada 30 Jun dan 1 Julai ini untuk menghadiri forum bersama Presiden Belarus, Encik Alexander Lukashenko, lapor agensi berita RIA yang memetik Speaker Parlimen Russia, Cik Valentina Matviyenko.



Lawatan terakhir Encik Putin ke luar Russia yang diketahui adalah di Beijing pada awal Februari lalu, di mana beliau dan Presiden China, Encik Xi Jinping memaklumkan mengenai perjanjian persahabatan 'tanpa batasan' beberapa jam sebelum kedua-duanya menghadiri majlis pembukaan Sukan Olimpik Musim Sejuk.



Pencerobohan Russia pada 24 Februari lalu meragut ribuan nyawa, selain mengakibatkan jutaan hilang tempat tinggal dan menyebabkan sekatan kewangan yang kritikal oleh Barat.



Ini disifatkan pemimpin russia itu sebagai faktor perlunya mengukuhkan hubungan dagangan dengan kuasa lain seperti China, India dan Iran. - Reuters, AFP.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >