Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

1.4 juta naskhah memoir Putera Harry terjual dalam hanya 24 jam

Jan 14, 2023 | 5:30 AM
- Foto AFP
- Foto AFP -

LONDON: Memoir Putera Harry terjual 1.4 juta naskhah hanya dalam masa 24 jam, kata penerbitnya kelmarin, sedang ayah dan abangnya tenang dan meneruskan rancangan lawatan umum.

Penjualan buku berjudul Spare itu, dalam bahasa Inggeris, mencapai 1.4 juta naskhah, pada hari pertama di United Kingdom (UK), Amerika Syarikat (AS) dan Canada, memecahkan rekod penjualan penerbitan Penguin Random House, kata penerbitnya.

Angka penjualan itu dicatatkan sedang tinjauan pendapat awal menunjukkan populariti Putera Harry merosot.

Buku yang menjadi tajuk berita itu, diterbitkan pada Selasa lalu, disertai beberapa langkah promosi melalui wawancara berprofil tinggi.

Penjualan itu mengatasi rekod sebelumnya dari penerbitan Penguin Random House, di hari pertama pelancaran buku non-fiction mengenai Encik Barack Obama, berjudul A Promised Land pada 2020 dan buku Cik Michelle Obama berjudul Becoming pada 2018.

Memoir mantan presiden AS itu, terjual 887,000 naskhah dalam bahasa Inggeris di AS dan Canada pada hari pertama, sementara memoir isterinya terjual 725,000 naskhah.

Di Perancis, buku Spare edisi bahasa Perancis, terjual sejumlah 210,000 naskhah dan cetakan semula berjumlah 130,000 naskhah, kata penerbitnya, Fayard, kepada agensi berita AFP.

Permintaan daripada para penjual buku meningkat 20 peratus, lebih tinggi daripada memoir mantan Presiden Obama, ujarnya.

Sedang pihak penerbitnya di New York memuji kejayaan memoir Spare itu, keluarga diraja, yang "tidak pernah membuat aduan atau menjelaskan" tentang niat di sebalik buku oleh Putera Harry itu, bersatu mendukungnya.

Pasangan suami isteri, Putera Harry dan isterinya, Meghan, seorang warga AS, berpindah ke California pada 2020, dan mengadu tidak mendapat layanan baik di UK.

Buku itu dilancarkan sedang keluarga diraja membuat persiapan bagi upacara pertabalan Raja Charles pada 6 Mei nanti. - AFP.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg