Topik diikuti
Pergi ke BHku14 maut, 17 cedera setelah bas jatuh gaung
Jul 20, 2018 | 12:29 PM
14 maut, 17 cedera setelah bas jatuh gaung
DEHRADUN: Sebuah bas terjunam ke dalam gaung di negeri di utara India hari ini, menyebabkan 14 maut dan 17 lagi cedera, kata pegawai.
Pemandu hilang kawalan ketika cuba melalui selekoh sempit di daerah Tehri.
"Tiga puluh satu penumpang berada dalam kenderaan itu. Pekerja penyelamat mengeluarkan 14 mayat.
"Tujuh belas lagi cedera, sembilan daripada serius," kata pegawai berkenaan, Piyush Rautela.
Sembilan mangsa cedera diterbangkan dengan helikopter ke hospital berhampiran bandar raya Rishikesh.
India mempunyai antara jalan raya paling bahaya di dunia, meragut lebih 150,000 nyawa setiap tahun. - AFP