Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

14 maut, 32 cedera dalam kes bakar bas di China

Jan 5, 2016 | 2:30 PM
-

BEIJING: Empat belas orang mati terbakar dan 32 cedera selepas sebuah bas awam musnah akibat dipercayai dibakar di China pada Selasa (5 Jan), menurut media pemerintah.

Polis telah mengenal pasti suspek dalam kejadian itu, menurut satu siaran di akaun media sosial penyiar pemerintah, CCTV.

Ia menyiarkan gambar seorang lelaki berusia 33 tahun dan maklumat pengenalan peribadinya, sambil menambah bahawa polis "sedang mmenyiasat dan mengikuti" dia kerana peranannya dalam "satu jenayah serius".

CCTV tidak memberi maklumat tentang motif perbuatan membakar bas itu.

Imej kejadian itu yang disiarkan dalam talian menunjukkan sebuah bas dijilat api sepenuhnya dan video pendek polis berjaket hujan berwarna kuning berkumpul di sekitar bangkai bas tersaebut.

Seramai 32 orang sedang dirawat di hospital, dengan lapan menghadapi "kecederaan parah", menurut CCTV.

Dalam beberapa tahun lalu, terdapat beberapa kes serangan ke atas pengangkutan awam China, terutama bas.

Pada 2013 seorang lelaki yang hendak membunuh diri memulakan kebakaran di dalam sebuah bas di timur China, mengorbankan 47 orang, termasuk dirinya sendiri, kata media pemerintah. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg