14 terbunuh apabila bas sekolah terhumban ke dalam terusan di selatan Turkey
Jun 07, 2016 | 05:30 AM
ISTANBUL: Sekurang-kurangnya 14 orang maut di selatan Turkey selepas sebuah bas membawa pelajar sekolah dalam satu lawatan sambil belajar terhumban ke dalam sebuah terusan.
Ketika kejadian, bas berkenaan membawa pelajar terbabit pulang dari lawatan ke tapak arkeologi terkemuka Karatepe, di luar bandar Osmaniye, lapor agensi berita Dogan.