Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

2 bencana landa M’sia

140 kejadian tanah runtuh di serata M'sia sepanjang tahun lalu

Dec 25, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Malaysia baru-baru ini dikejutkan dengan tragedi tanah runtuh di Father's Organic Farm, Batang Kali, Selangor berdekatan Genting Highlands yang menyaksikan 94 mangsa terlibat.



Kebanyakan mangsa merupakan mereka yang melakukan aktiviti perkhemahan dan setakat Khamis lalu, pihak berkuasa mengesahkan sebanyak 31 orang maut.



Dengan keadaan hujan lebat berterusan di kebanyakan negeri di Malaysia berikutan monsun timur laut yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia mampu mencetuskan risiko bencana tanah runtuh di kawasan berbukit tinggi, bercerun dan laluan di mana sistem perparitan tidak diselenggara dengan baik.



Terdapat 10 kes tanah runtuh berlaku selepas hujan lebat yang berlarutan selama dua jam pada 22 November 2021 di jalan utama Cameron Highland yang mengakibatkan beberapa orang awam tercedera.



Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) menerusi kenyataannya menyatakan secara keseluruhan sebanyak 140 kejadian tanah runtuh di seluruh Malaysia berlaku sepanjang Monsun Timur Laut (MTL) sepanjang tahun lalu hingga Januari 2022.



Bencana tanah runtuh di Malaysia bukan sesuatu yang baru dan sebelum ini juga terdapat kes yang dilaporkan hingga meragut nyawa.



Tragedi Highland Towers (11 Disember 1993) merupakan kejadian tanah runtuh yang paling diingati dalam negara sehingga kini.



Runtuhan tanah berlaku ekoran hujan yang turun selama 10 hari berturut-turut hingga merosakkan tembok penahan tempat letak kereta di kondominium yang terletak di Bukit Antarabangsa, Ampang, Selangor.



Terkini, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) telah mengenal pasti 122 lokasi cerun yang diklasifikasikan sebagai kritikal tahap tinggi (hot spots) dan berpotensi berlakunya bencana tanah runtuh jika fenomena hujan lebat berterusan semasa Monsun Timur Laut.



Antara lokasi tersebut ialah Bukit Antarabangsa; Kuala Kubu Baru; Jalan Kuala Kubu-Raub; Sungai Buloh dan Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak.



Selain itu, kawasan 'titik panas' lain yang dikenal pasti ialah Sungai Penchala di Selangor; Cameron Highlands, Pahang; Genting Peres, Negeri Sembilan; Gunung Jerai, Kedah; Bukit Canada Miri, Kapit dan Santubong di Sarawak; Keningau, Kampung Kiau-Melangkap-Kundasang-Ranau, Sandakan, Sepanggar dan Kota Kinabalu di Sabah serta 30 kawasan di Pulau Pinang.



Agensi berkenaan turut menyenaraikan 26 lagi lokasi berisiko tanah runtuh di serata negara kecuali Perlis.



Manakala 25 taman ekorimba di seluruh Malaysia pula dikenal pasti sebagai kawasan berisiko dilanda bencana aliran puing dan tanah runtuh apabila berlaku hujan lebat, yang kini berada di kemuncak musimnya.



Data itu dikeluarkan JMG pada awal bulan ini yang mengenal pasti beberapa kawasan berbukit tinggi, petempatan dan laluan bercerun.



Ancaman tanah runtuh juga boleh berlaku jika sistem perparitan tidak diselenggara dengan baik, tambah JMG. Begitu juga dengan kawasan yang sebelum ini pernah mengalami kejadian tanah runtuh.



Hal ini akan menyebabkan risiko bencana tanah runtuh boleh berlaku, sama ada secara mendadak atau berperingkat dalam skala kecil atau besar, menurut kenyataan JMG. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >