Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

15 individu didakwa ceroboh bangunan Kongres AS

Jan 10, 2021 | 5:30 AM
DIDAKWA: Penyokong Presiden Amerika Donald Trump, Richard Barnett, didakwa menceroboh pejabat Speaker Dewan Perwakilan Nancy Pelosi. - Foto EPA-EFE
DIDAKWA: Penyokong Presiden Amerika Donald Trump, Richard Barnett, didakwa menceroboh pejabat Speaker Dewan Perwakilan Nancy Pelosi. - Foto EPA-EFE -

WASHINGTON: Jabatan Keadilan Amerika Syarikat mengumumkan bahawa pihaknya telah mendakwa 15 individu berhubung kejadian rusuhan terhadap Kongres.

Mereka termasuk seorang lelaki yang dituduh memiliki bom seperti 'napalm buatan sendiri'.

Menurut jabatan itu, mereka telah menangkap beberapa suspek termasuk seorang penyokong Presiden Amerika Donald Trump, Richard Barnett, yang didakwa menceroboh pejabat Speaker Dewan Perwakilan Nancy Pelosi.

Jabatan itu turut menangkap seorang lelaki yang didapati memiliki 11 bom botol dalam kenderaannya.

Pendakwa Raya Persekutuan dari pejabat peguam Amerika di Washington, Encik Ken Kohl, memaklumkan bahawa mereka antara lain telah mendakwa seorang lelaki yang dituduh memasuki bangunan Capitol dengan pistol berisi peluru.

Individu lain yang didakwa pula termasuk seseorang yang dituduh menumbuk pegawai pihak berkuasa serta seorang ahli badan perundangan Virginia Barat Derrick Evans yang menyertai rusuhan di Kongres itu.

Namun, Encik Kohl berkata lebih banyak pendakwaan bakal menyusul dengan siasatan kini giat dijalankan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).

"Siasatan ini diberikan keutamaan tertinggi," katanya sambil menambah bahawa ratusan penyiasat Jabatan Keadilan sedang menangani kes berkenaan.

Malah, lebih banyak penangkapan dan pendakwaan boleh dijangkakan ekoran kejadian Rabu lalu itu.

Puluhan individu telah ditangkap dan didakwa oleh polis tempatan Washington.

Namun, pendakwaan yang diumumkan Encik Kohl itu merupakan pendakwaan di peringkat Persekutuan dan dijangka membawa hukuman lebih berat. - AFP.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg