1.5 juta pekerja asing di M'sia sudah jalani ujian Covid-19
1.5 juta pekerja asing di M'sia sudah jalani ujian Covid-19
Majikan diberi tempoh hingga 31 Mac laksanakan pemeriksaan

PETALING JAYA: Kebanyakan pekerja asing yang berdaftar dan bekerja di empat sektor ekonomi utama Malaysia telah menjalani ujian bagi Covd-19 menjelang tarikh yang disasarkan iaitu 31 Mac, kata Menteri Sumber Manusia negara tersebut.
Memberi butiran lanjut mengenai perkembangan itu, Datuk Seri M. Saravanan juga berkata bilangan majikan yang mematuhi peraturan supaya menyediakan tempat tinggal bagi pekerja mereka juga telah bertambah.
Buat masa ini, hampir 1.5 juta pekerja asing telah diuji bagi Covid-19. Kebanyakan mereka, sekitar 1.2 juta bekerja dalam sektor perkilangan, binaan, ladang dan pertanian di seluruh negara, kata beliau.
Menambah Datuk Saravanan berkata data dari sektor hotel dan restoran, yang juga menggajikan pekerja asing masih sedang dikumpulkan kerana industri perkhidmatan baru sahaja menyambung operasi.
Beliau berkata Ordinan Kecemasan yang diisytihar baru-baru ini telah memudahkan pihak berkuasa untuk memasuki tempat kerja dan melakukan pemeriksaan ke atas pekerja asing.
"Dari data yang dimiliki kementerian, bilangan pekerja asing yang telah diuji adalah hampir 1.5 juta.
"Sebahagian besar pekerja ini mewakili sektor perkilangan, binaan, ladang dan pertanian, ujar beliau.
Kementerian tersebut telah memberikan majikan pelanjutan sehingga 31 Mac untuk melengkapkan ujian bagi pekerja asing yang digajikan mereka.
Sebelum ini, majikan diberi masa sehingga 28 Februari untuk menjalankan pemeriksaan ke atas pekerja asing dan berkata kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan pas pekerja mereka tidak diperbaharui.
Pada mulanya, kementerian tersebut telah mengehadkan pemeriksaan program Covid-19 kepada pekerja asing di enam negeri yang dianggap paling teruk terjejas atau berada dalam zon merah.
Namun ia kini telah melanjutkan program tersebut kepada semua negeri kerana mendapatinya amat berkesan dalam mengekang pandemik.
Sejak 1 Februari, pemerintah telah menjadikan mandatori bagi semua pekerja asing untuk diperiksa bagi Covid-19 selepas kelompok besar jangkitan melibatkan pekerja asing dikenal pasti.
Kebanyakan kelompok ini didapati berlaku dalam keadaan tempat tinggal yang di bawah jangkaan.
Program pemeriksaan itu dilaksanakan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Socso) dengan kerjasama klinik-klinik privet.
Socso menampung kos kit ujian RTK antigen itu.
Lembaga Pembangunan Industri Binaan telah mengetepikan RM7 juta ($2.29 juta) sebagai subsidi untuk menampung kos memeriksa pekerja asing yang berdaftar dengannya.
Mei lalu, Persekutuan Majikan Malaysia menganggarkan jumlah pekerja asing di sana adalah seramai empat juta, dengan 2.3 juta berdaftar.
Mengulas mengenai piawaian perumahan bagi pekerja asing, Datuk Saravanan berkata kementeriannya telah melaksanakan pemeriksaan untuk memastikan empat sektor utama dalam industri memenuhi syarat yang dikenakan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).
Pengarah Jeneral Jabatan Buruh negara Asri Ab Rahman berkata kadar pematuhan dalam kalangan majikan yang menyediakan tempat tinggal sesuai bagi pekerja asing telah bertambah daripada 10 peratus kepada 30 peratus.
"Ini kerana ada kesedaran yang bertambah mengenai keperluan mematuhi (peraturan) dan majikan tahu pendirian kami," kata beliau. - Agensi berita.

