Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

15 maut, 22 cedera teruk selepas pesawat terhempas di Kazakhstan

Dec 27, 2019 | 03:15 PM



ALMATY: Sebuah pesawat yang membawa 95 penumpang dan lima anggota kru terhempas dekat Almaty di Kazakhstan hari ini (27 Disember) dan mengorbankan sekurang-kurangnya 15 orang, menurut pihak berkuasa tempatan.



Menurut kenyataan Jawatankuasa Penerbangan Awam Kazakhstan, penerbangan Bek Air itu sedang menuju ke ibu kota, Nur-Sultan, terbang semakin rendah semasa berlepas dari lapangan terbang dan melanggar pagar konkrit sebelum melanggar sebuah bangunan dua tingkat.



Plane with 100 on board crashes at Kazakhstan’s Almaty airport, killing at least 15



Plane with 100 on board crashes at Kazakhstan’s Almaty airport, killing at least 15



Pejabat mayor Almaty berkata 22 orang kini dirawat di hospital selepas mengalami kecederaan serius.



Gambar dari tempat kejadian itu menunjukkan pesawat itu terbelah dua di sebelah sebuah rumah yang separuh musnah akibat kesan kemalangan itu.



Seorang penumpang yang terselamat dalam nahas itu, Aslan Nazaraliyev, memberitahu media bahawa kapal terbang yang dinaikinya itu mula bergegar semasa terbang lebih tinggi sekitar dua minit selepas berlepas.



Plane with 100 on board crashes at Kazakhstan’s Almaty airport, killing at least 15



“Namun selepas itu, kami mula terbang lebih rendah... seperti pesawat itu hilang kawalan,” ujarnya.



Pihak berkuasa bagaimanapun belum mendedahkan punca nahas itu. - REUTERS




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >