15 maut, 70 cedera dalam kebakaran bungkus plastik Bangladesh
Premium
15 maut, 70 cedera dalam kebakaran bungkus plastik Bangladesh
Sep 11, 2016 | 5:30 AM

-
DHAKA: Sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh dan 70 lagi cedera - kebanyakannya mengalami kecederaan kritikal - dalam satu kebakaran besar berpunca daripada letupan dandang di sebuah kilang pembungkusan di Bangladesh, kata pegawai semalam.
"Angka kematian meningkat kepada 15 dan sekurang-kurangnya 70 orang tercedera," kata Dr Parvez Mia, seorang pegawai perubatan di sebuah hospital daerah Tongi, kepada agensi berita AFP.

