Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

15 orang terbunuh ekoran serbuan di tempat sembunyi militan di Sri Lanka

Apr 27, 2019 | 4:28 PM
SERANGAN DI SRI LANKA: Seorang askar berjalan di hadapan St. Anthony's Shrine di Colombo pada 26 April menyusuli beberapa serangan bom di beberapa gereja dan hotel mewah di Sri Lanka pada Hari Easter baru-baru ini.
SERANGAN DI SRI LANKA: Seorang askar berjalan di hadapan St. Anthony's Shrine di Colombo pada 26 April menyusuli beberapa serangan bom di beberapa gereja dan hotel mewah di Sri Lanka pada Hari Easter baru-baru ini. - Foto AFP

COLOMBO: Sekurang-kurangnya 15 orang, termasuk enam kanak-kanak, terbunuh apabila pengebom bunuh diri meletupkan diri mereka tatkala dikepung pasukan keselamatan di bahagian timur Sri Lanka, menurut polis hari ini (27 April).

Pasukan keselamatan Sri Lanka berbalas-balas tembakan dengan militan yang disyaki mempunyai kaitan dengan ISIS dan membunuh sekurang-kurangnya empat daripada mereka di bahagian timur negara itu.

Individu yang bersenjata mula menembak anggota pasukan keselamatan yang cuba menyerbu sebuah rumah di Kalmunai, kata jurucakap tentera Sumith Atapattu.

"Semasa membalas tembakan, dua individu yang bersenjata itu terbunuh," katanya.

Polis kemudian mengesahkan bahawa seramai empat suspek pengebom bunuh diri terbunuh dalam operasi itu.

Operasi bersama yang dijalankan polis dan tentera itu dijalankan selepas pihak berkuasa mendapat maklumat bahawa mereka yang bertanggungjawab bagi serangan pada Hari Easter baru-baru ini sedang bersembunyi di Kalmunai, sekitar 370 kilometer dari ibu kota. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg