15 restoran nasi kandar di P. Pinang diarah tutup kerana beroperasi dalam keadaan kotor
Premium
15 restoran nasi kandar di P. Pinang diarah tutup kerana beroperasi dalam keadaan kotor
Feb 28, 2015 | 5:30 AM
KOTOR DAN MELOYAKAN: Encik Ahmad Shukri Bakar menunjukkan ayam goreng beralaskan kertas surat khabar yang diletak berdekatan tong sampah di sebuah restoran dalam Ops Premis Nasi Kandar di Kepala Batas. - Foto UTUSAN MALAYSIA -
KEPALA BATAS: Sebanyak 15 restoran nasi kandar di Pulau Pinang diarah tutup, selain dikenakan tujuh notis kompaun bernilai RM6,100 ($2,301) kerana beroperasi dalam keadaan kotor dan meloyakan.
Ketua Unit Penguatkuasaan Kesihatan negeri, Encik Ahmad Shukri Bakar, berkata daripada jumlah itu, enam premis terletak di Seberang Perai Utara, dua di Seberang Perai Tengah, tiga di daerah timur laut dan empat di daerah barat daya.

