Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

15 terbunuh, lebih 100 cedera dalam letupan pasar borong di Dhaka

Mar 9, 2023 | 5:30 AM
LETUPAN MAUT: Anggota bomba memeriksa tapak letupan di kawasan Siddique Bazar di Dhaka, Bangladesh, pada 7 Mac. Punca di sebalik letupan masih belum dapat ditentukan. - Foto EPA-EFE
LETUPAN MAUT: Anggota bomba memeriksa tapak letupan di kawasan Siddique Bazar di Dhaka, Bangladesh, pada 7 Mac. Punca di sebalik letupan masih belum dapat ditentukan. - Foto EPA-EFE -

DHAKA(Bangladesh): Sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh dan lebih 100 yang lain cedera di ibu kota Bangladesh Selasa lalu, kata pegawai, selepas satu letupan berlaku di bangunan pejabat di daerah komersial yang sibuk.

Letupan di lantai empat dan lima bangunan tujuh tingkat di Gulistan itu telah menggegar pusat pasar borong di Dhaka itu.

Beberapa lantai lagi dan dinding bangunan tersebut turut musnah, mengakibatkan serpihan tembok berterbangan di jalan yang penuh sesak.

Lebih 100 orang dirawat akibat kecederaan di kepala, mengalami patah anggota tubuh dan lain-lain kecederaan, di Hospital Kolej Perubatan Dhaka, kata pengarah hospital itu, Encik Nazmul Islam, kepada agensi berita AFP.

"Sekurang-kurangnya 15 orang mati, termasuk dua wanita," kata beliau sambil menambah bahawa ratusan doktor dan jururawat telah dikerah untuk merawat mereka yang cedera.

Tidak ada kebakaran besar berlaku di bangunan itu, yang menempatkan puluhan gudang, toko-toko menjual peralatan kamar mandi dan beberapa ruang perniagaan lain.

Lebih 150 anggota bomba dilihat di tempat kejadian, membantu kerja-kerja menyelamat, kata jurucakap perkhidmatan bomba.

"Pegawai kami melakukan siasatan, sama ada letupan itu satu perbuatan sabotaj yang disengajakan atau kebetulan satu kemalangan," kata pesuruhjaya polis, Encik Khandaker Golam Faruq, kepada wartawan.

Seorang pemandu bas yang berada ditempat kejadian berkata seramai 30 penumpang dalam basnya mengalami kecederaan semasa melewati kawasan tersebut pada saat letupan itu berlaku.

"Saya terdengar bunyi letupan kuat dan tiba-tiba kepala saya terkena satu objek," katanya kepada wartawan.

Seorang lagi saksi berkata beberapa orang terperangkap di lantai dua, empat dan lima di bangunan itu apabila pasukan bomba tiba di tempat kejadian.

Mereka kemudian dikejarkan ke hospital.

Dipercayai letupan dan kebakaran berpunca daripada tong gas dan alat hawa dingin yang rosak serta sistem pendawaian elektrik yang buruk, sering terdapat di bangunan dan kilang di Bangladesh.

Kejadian seperti ini sering berlaku antara November dengan Mac, semasa bekalan air kering.

Satu letupan di sebuah kilang oksigen dekat bandar pelabuhan di selatan bandar Chittagong pada Sabtu lalu mengakibatkan tujuh orang terbunuh.

Satu lagi kebakaran dan disusuli letupan berlaku di depoh kontena di bandar yang sama pada Jun 2022, mengakibatkan lebih 50 orang terbunuh.

Sementara itu, punca letupan pada Selasa lalu itu masih belum diketahui. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg