Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

SEKILAS

16 juta pekerja AS hidap sindrom Long Covid

Aug 28, 2022 | 05:30 AM



NEW YORK: Kajian mendapati 16 juta golongan pekerja berusia antara 18 hingga 65 tahun menghidap sindrom Covid berpanjangan (Long Covid).



CNN melaporkan, Long Covid yang menyebabkan gabungan simptom muncul selepas berbulan-bulan bahkan bertahun-tahun selepas positif virus itu menyebabkan empat juta rakyat Amerika Syarikat tidak dapat bekerja.



Dapatan yang diperoleh The Brookings Institution mendapati mereka menderita pelbagai simptom sehingga menyukarkan untuk bekerja akibat kemurungan, keletihan, kebimbangan melampau dan masalah pernafasan.



Kajian menganggarkan dua hingga empat juta orang tidak bekerja kerana Long Covid bersamaan 1.8 peratus daripada jumlah keseluruhan tenaga buruh awam di Amerika.



Penemuan itu muncul ketika banyak industri termasuk pendidikan, restoran dan penjagaan kesihatan bergelut masalah kekurangan buruh yang serius sehingga menyumbang kepada inflasi terburuk dalam empat dekad. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >