Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

16 orang bantu wanita bersalin

Dec 16, 2016 | 02:36 PM



BEIJING (China): Seorang wanita seberat kira-kira 140 kilogram berjaya melahirkan anak selepas 16 kakitangan perubatan bekerjasama melakukan pembedahan Caesarean terhadapnya.



Pembedahan selama dua jam itu dilakukan Selasa lalu di sebuah hospital di Changsa, selatan China, lapor Huiangqiu.com.



Wanita itu dikatakan hamil 39 minggu dan disahkan menghidap pelbagai penyakit, termasuk masalah jantung, darah tinggi dan kencing manis.



Kakitangan dari pelbagai jabatan di Hospital Rakyat Hunan, dikerah membantu proses berkenaan.



Nama dan usia wanita itu bagaimanapun tidak didedahkan dalam laporan itu.



Kerana masalah berat badan pesakit itu, doktor berkata, dia berdepan dengan cabaran anestesia memandangkan jarum biasa hanya sepanjang lapan sentimeter, tidak cukup panjang untuk menyuntik anestetik ke dalam tubuhnya.



Kakitangan lain terpaksa membantu menyokong wanita itu supaya doktor boleh menyuntik anesteik dari tulang belakangnya, bukan pada lehernya.



Laporan itu juga menyatakan, wanita terbabit berdepan masalah 'apnea tidur,' bermakna dia berdepan bahaya jika anestesia seluruh badan dilakukan.



Pembedahan dilakukan pada sebelah pagi dan berakhir dua jam kemudian.



Laporan itu tidak menyebut jantina bayi yang dilahirkan wanita itu atau menyatakan sama ada bayi berkenaan sihat atau tidak.



Laporan itu yang tular di media sosial mendapat pelbagai reaksi dengan ada pengguna menasihati wanita itu supaya menurunkan berat badannya bagi membolehkan dia cukup sihat untuk menjaga bayinya. - Agensi, Harian Metro




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >