BANGKOK: Sebuah asrama pelajar perempuan di Chiang Rai terbakar lewat malam Ahad (22 Mei), membunuh 17 budak perempuan dan mencederakan lima yang lain.
Dua budak perempuan masih belum ditemui, kata polis.
Kebakaran berlaku di asrama Sekolah Pithakkiart Witthaya di daerah Wiengpapao pada 11 malam waktu tempatan, kata polis.
Mangsa yang terkorban berusia antara lima hingga 12 tahun.
Terdapat 38 pelajar yang menginap di asrama itu. Mereka datang dari kampung-kampung suku bukit untuk belajar di bandar.
Selepas kebakaran itu, pegawai hanya boleh memindahkan beberapa budak perempuan manakala selebihnya terperangkap di dalam asrama tersebut.
Channel 3 melaporkan kebanyakan mangsa hangus hingga tidak dapat dikenal pasti - The Nation/Asia News Network