Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

17 maut akibat serangan pengganas di restoran di Burkina Faso

Aug 15, 2017 | 5:30 AM
TERUS BERJAGA-JAGA: Polis di Burkina Faso, sebuah negara di Afrika Barat, memperketat kawalan ekoran serangan oleh pengganas bersenjata di sebuah restoran di Ouagadougou, ibu kota negara itu awal semalam, yang menyebabkan sekurang-kurangnya 17 maut dan lapan lagi cedera. - Foto AFP
TERUS BERJAGA-JAGA: Polis di Burkina Faso, sebuah negara di Afrika Barat, memperketat kawalan ekoran serangan oleh pengganas bersenjata di sebuah restoran di Ouagadougou, ibu kota negara itu awal semalam, yang menyebabkan sekurang-kurangnya 17 maut dan lapan lagi cedera. - Foto AFP -

OUAGADOUGOU (Burkina Faso): Anggota militan membunuh seku- rang-kurangnya 17 orang dan mencederakan lapan yang lain sewaktu serangan di sebuah restoran di ibu kota Burkina Faso, menurut Menteri Perhubungan negara itu, sedang pasukan keselamatan cuba menamatkan serangan.

Seorang saksi melihat pelanggan bertempiaran lari keluar dari restoran Aziz Istanbul di Ouagadougou, sementara polis dan anggota tentera mengepungnya berikutan kejadian tembak-menembak.

"Ia adalah serangan pengganas," kata Menteri Perhubungan, Encik Remi Dandjinou, di sidang media semalam.

Beliau berkata bahawa jumlah korban yang diberikan itu belum dapat dipastikan kerana operasi keselamatan masih dijalankan.

Seorang wanita berkata bahawa beliau sedang berada di dalam restoran meraikan ulang tahun abangnya apabila kejadian tembakan bermula.

"Saya terus melarikan diri, tetapi abang saya tertinggal di dalam," kata wanita itu kepada televisyen Reuters selepas beliau melarikan diri dari bangunan itu.

Burkina Faso, seperti negara lain di Afrika Barat, menjadi sasaran militan sejak sekian lama.

Kebanyakan serangan berlaku di kawasan sempadan dengan Mali, menjadi sasaran serangan militan Islam sejak lebih sedekad.

Serangan itu berlaku kurang seminggu selepas sekurang-kurangnya 31 nelayan dibunuh oleh pengikut militan Boko Haram dalam dua serangan berasingan di Tasik Chad, timur laut Nigeria.

Dalam kejadian itu, sekumpulan militan bersenjata menyerbu, menembak dan memenggal mangsa yang sedang memancing di Pulau Duguri dan Dabar Wanzam.

"Pengikut Boko Haram menyerang 14 nelayan di Duguri dan 17 lagi di Dabar Wanzam," kata Encik Babakura Kolo, anggota militia yang menentang militan IS di Maiduguri.

Berita mengenai serangan itu lambat diketahui kerana Boko Haram memusnahkan tiang telekomunikasi di rantau itu dalam serangan beberapa tahun lalu.

Seorang nelayan yang sengaja tidak dibunuh dalam serangan itu berkata bahawa 12 mayat mangsa diletakkan dalam kanu dan beliau diarah oleh Boko Haram supaya membawa mayat-mayat itu ke Baga sebagai amaran tiada sesiapa dibenarkan memancing di kawasan tasik air tawar itu. - Reuters, AFP.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg