Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

17 terkorban akibat rempuhan di Bangladesh

Jul 10, 2015 | 12:15 PM
-

DHAKA - Sekurang-kurangnya 17 orang terkorban dalam satu kejadian rempuhan semasa acara amal memberi baju percuma di sebuah kilang di Mymensingh, utara Bangladesh.

Rempuhan tersebut berlaku apabila ratusan orang cuba memasuki kilang tersebut melalui pintu masuk yang kecil selepas mereka mula berkumpul di luar bangunan kilang itu sebelum subuh, kata polis.

"Kami sejauh ini telah menemui 17 mayat. Kebanyakan yang mati adalah orang miskin dan wanita yang kurus kering," kata ketua polis Mymensingh Moinul Haque.

Kamrul Islam, seorang pegawai kanan di sebuah balai polis berdekatan kilang itu berkata bilangan korban mungkin meningkat.

"Beberapa orang telah mengeluarkan mayat-mayat saudara mereka sebelum polis tiba di tempat kejadian," katanya. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg