Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kakitangan Mendaki antara yang cedera selepas jambatan kayu di Montigo Resort Batam roboh

Nov 08, 2019 | 08:06 AM



Seramai 26 kakitangan Yayasan Mendaki antara yang cedera selepas jambatan roboh di sebuah hotel 4.5 bintang , Montigo Resorts Nongsa di Batam pada Khamis (7 Nov).



Menurut kenyataan Mendaki pada Jumaat, 24 kakitangan mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar. Dua kakitangan pula akan menerima penjagaan perubatan lanjut di Singapura.



Mereka berada di sana bagi menghadiri satu rahat bagi membincangkan pelan kerja bagi tahun akan datang.



Pada Khamis, Polis Indonesia menyatakan 18 rakyat Singapura cedera selepas  jambatan itu roboh.



Seramai 15 warga Singapura yang cedera dikejarkan ke hospital dengan segera, manakala tiga yang lain yang cedera ringan diberi rawatan di hotel.



"Asas kayu yang digunakan oleh jambatan itu mungkin telah rosak, menyebabkan ia roboh,'' ujar jurucakap polis daerah Pulau Riau, Kolonel S. Erlangga seperti yang dipetik oleh Detik.com.



Beliau menambah bahawa para pelancong itu sedang mengambil swafoto apabila jambatan sepanjang 70 meter itu roboh di bahagian tengah.



"Mereka terus terjatuh ke dalam laut dan mengalami kecederaan,'' tambahnya.



Dari 15 yang dikejarkan ke hospital, dua mengalami cedera yang serius, kata Encik Erlangga.



Seorang kakitangan hospital berkata salah satu mangsa yang mengalamai kecederaan serius mungkin mengalami keretakan pada kaki kanannya, manakala yang lain mengalami keretakan di bahagian rusuk, menurut The Straits Times.



Polis telah menjalankan siasatan di hotel itu dan menemuramah beberapa saksi selepas kejadian yang berlaku selepas 4 petang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >