Subuh
5:52
Syuruk
7:09
Zuhur
1:13
Asar
4:13
Maghrib
7:15
Isyak
8:24

180,000 jemaah solat Jumaat pertama Ramadan di Al-Aqsa

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

180,000 jemaah solat Jumaat pertama Ramadan di Al-Aqsa

May 11, 2019 | 04:49 PM

BAITULMAQDIS: Kira-kira 180,000 umat Islam menyertai solat Jumaat di masjid Al-Aqsa, Baitulmaqdis Timur, semalam, sempena Jumaat pertama Ramadan, tahun ini, menurut agensi yang mengendalikan kawasan suci itu.

Jumlah jemaah yang dilaporkan pertubuhan Waqf itu adalah 50 peratus lebih tinggi berbanding tahun lalu yang merekodkan 120,000 jemaah untuk solat Jumaat Ramadan pertama.

Ketua pengarah agensi itu, Azzam al-Khatib berkata jemaah tetap hadir walaupun terpaksa melalui beberapa pos pemeriksaan Zionis dan kewujudan ramai anggota keselamatan Israel.

Mujur, ibadat itu berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.

Kawasan dikawal Israel itu adalah tempat ketiga paling suci bagi umat Islam dan ia sering menjadi punca konflik Israel dan Palestin. - AFP
 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3