ANCAMAN PENGGANASAN
19 diberkas susuli serangan bunuh diri di Madinah
Kerajaan Arab Saudi dedah 12 daripadanya warga Pakistan, kenal pasti lelaki Arab dalangi serangan
Jul 09, 2016 | 05:30 AM
RIYADH: Seramai 19 orang termasuk 12 warga Pakistan ditahan di Arab Saudi susulan beberapa serangan bunuh diri Isnin lalu termasuk serangan di kota suci umat Islam Madinah, demikian menurut Kementerian Dalam Negeri.
Seramai tujuh mangsa dipercayai terbunuh manakala dua cedera dalam serangan berasingan di Masjid Qatif di Madinah dan di barat Jeddah yang terletak tidak jauh dari Konsulat Amerika Syarikat.