Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

19 maut dalam nahas bas dan trak di Pakistan

Apr 13, 2016 | 2:54 PM
-

MULTAN (Pakistan): Sekurang-kurangnya 19 orang, termasuk dua kanak-kanak, terbunuh dalam satu perlanggaran antara bas penumpang dan sebuah trak di Pakistan pada Rabu (13 April), kata para pegawai.

Kemalangan itu berlaku berhampiran bandar Thikriwala di wilayah Punjab disebabkan "perbuatan memecut dan memandu secara berbahaya", pegawai kanan polis Afzaal Ahmed Khosa.

"Sembilan belas penumpang termasuk dua wanita dan dua kanak-kanak terbunuh," kata Encik Khosa.

Dr Naeem Hashmi, yang bekerja di Allied Hospital di bandar Faisalabad yang berdekatan, berkata 15 mangsa cedera sedang dirawat di jabatan kecemasan. Dua daripada mereka berada dalam keadaan serius.

Pakistan mempunyai rekod keselamatan jalan raya mengerikan disebabkan keadaan jalan raya yang teruk, kenderaan tidak dijaga dengan baik dan memandu dengan cuai.

Lebih 4,600 orang terbunuh dalam kemalangan jalan raya pada 2013, tahun terakhir pemerintah menyiarkan data rasmi. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg