Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

1MDB dapat perintah mahkamah beku aset Najib

Bekas PM harus dedah dan tidak boleh lupus harta hingga $9.15b, tidak boleh keluarkan lebih $32,117 daripada akaun banknya
Feb 10, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Dana pelaburan kerajaan Malaysia, 1Malaysia Development Bhd (1MDB), dan anak syarikatnya telah memperoleh perintah injunksi daripada Mahkamah Tinggi untuk membekukan aset mantan perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.



Ini termasuk menghadkan jumlah wang yang boleh dikeluarkan Datuk Najib daripada akaun banknya kepada RM100,000 ($32,117).



Perintah itu dikeluarkan Pesuruhjaya Kehakiman Atan Mustaffa Yussof Ahmad semalam dalam satu prosiding Zoom, selepas membenarkan permohonan injunksi Mareva sepihak yang dimohon 1MDB dan anak syarikatnya, Global Diversified Investment Company Limited (sebelum ini dikenali sebagai 1MDB Global Investments Limited).



Injunksi Mareva ialah perintah mahkamah yang secara berkesan membekukan aset defendan daripada dilesapkan sementara menunggu keputusan tindakan undang-undang di hadapan mahkamah.



Perintah itu berkuatkuasa sementara menunggu keputusan akhir kes saman sivil AS$8 bilion ($10.75 bilion) yang difailkan 1MDB dan empat anak syarikatnya terhadap Datuk Najib dan bekas pengurusan kanan 1MDB.



Menurut perintah mahkamah itu, sekiranya Datuk Najib memerlukan lebih RM100,000 bagi perbelanjaan sara hidup biasa dan perbelanjaan guamannya, beliau perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada peguam 1MDB dan Global Diversified Investments.



Jika tiada kebenaran bertulis diberi, Datuk Najib boleh memohon dan mendapatkan kebenaran daripada mahkamah.



Perintah itu juga antara lain menyebut Datuk Najib sebagai defendan pertama tidak boleh mengeluarkan atau melupuskan nilai mana-mana asetnya hingga nilai AS$6.81 bilion di seluruh dunia hingga kes itu selesai.



Beliau juga mesti membuat pendedahan secara bertulis kepada 1MDB dan Global Diversified Investments berhubung asetnya hingga nilai AS$6.81 juta, baik di dalam mahupun luar negara, di bawah namanya sendiri mahupun tidak, dan milik tunggalnya mahupun secara bersama defendan lain.



Beliau hendaklah memberikan nilai, lokasi dan segala maklumat aset itu, dan maklumat tersebut hendaklah disahkan melalui suatu afidavit dan disampaikan kepada peguam tersebut.



Perintah itu juga menyatakan sebarang individu dalam prosiding ini atau sebaliknya yang dimaklumkan mengenai perintah berkenaan tidak seharusnya membantu atau membenarkan pelanggaran perintah tersebut dan boleh dikenakan tindakan menghina mahkamah jika berbuat demikian.



Pada 10 Mei tahun lalu, 1MDB memfailkan jumlah gabungan 22 saman sivil terhadap pelbagai pihak, termasuk Datuk Najib, untuk mendapatkan semula aset RM96.6 bilion.



Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata enam daripada 22 writ itu difailkan oleh 1MDB, manakala baki 16 oleh bekas anak syarikatnya SRC International.



Saman sivil itu difailkan sebagai usaha kedua-dua entiti itu untuk mendapatkan semula aset mereka dengan jumlah gabungan lebih RM96.6 bilion, termasuk kira-kira RM300 juta terhadap pelbagai pihak tempatan. - BHM, The Star.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >