Topik diikuti
Pergi ke BHku1MDB jual unit tenaga kepada syarikat China, kurangi sepertiga hutang
Nov 24, 2015 | 8:58 AM
1MDB jual unit tenaga kepada syarikat China, kurangi sepertiga hutang
SYARIKAT pelaburan kerajaan bermasalah, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), telah bersetuju menjual unit tenaganya kepada sebuah syarikat tenaga China, dalam satu perjanjian bernilai kira-kira RM18 bilion ($6 bilion) yang akan melenyapkan satu pertiga hutangnya.
China General Nuclear Power Corporation (CGN) akan membayar RM9.83 bilion secara tunai kepada Edra Global Energy dan mengambil alih kira-kira RM8 bilion liabiliti syarikat Kementerian Kewangan Malaysia itu, di bawah perjanjian yang diumum pada Isnin (23 Nov).