Topik diikuti
Pergi ke BHku1MDB: Rancangan bekas naib ketua Umno jumpa ejen FBI terhalang
Premium
1MDB: Rancangan bekas naib ketua Umno jumpa ejen FBI terhalang
Sep 20, 2015 | 5:30 AM
1MDB: Rancangan bekas naib ketua Umno jumpa ejen FBI terhalang

DITAHAN: Rancangan Encik Khairuddin berjumpa ejen FBI dipatahkan apabila Jabatan Imigresen Malaysia menghalangnya daripada meninggalkan negara itu. - Foto THEMALAYSIANINSIDER -
KUALA LUMPUR: Bekas pemimpin Umno yang berkata beliau dihalang menaiki pesawat ke New York, Amerika Syarikat, di mana beliau merancang membuat aduan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dijadual berjumpa ejen Biro Siasatan Federal (FBI) esok.
Pertemuan antara bekas naib ketua Umno bahagian Batu Kawan itu, Encik Khairuddin Abu Hassan, dengan ejen FBI diatur dengan bantuan Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia, kata peguamnya, Encik Matthias Chang, yang memberitahu The New York Times (NYT).
