Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

2 AP tinggalkan PKR, ikrar sokong PM Muhyiddin

Feb 28, 2021 | 07:02 PM



KUALA LUMPUR - Dua anggota pembangkang telah meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan mengikrarkan sokongan terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, sekaligus menimbulkan spekulasi lebih ramai akan beralih parti sedang pemimpin itu berusaha mengukuhkan kedudukan sebelum sidang Parlimen seterusnya.



Dalam satu pos di Facebook dilapor The Straits Times, Tan Sri Muhyiddin berkata beliau menerima pengisytiharan berkanun pada Ahad  (28 Feb) daripada Anggota Parlimen (AP) Julau, Encik Larry Sng Wei Shien dan AP Tebrau, Encik Steven Choong Shiau Yoon yang melahirkan sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN). 



Pengisytiharan itu diberi selepas satu perhimpunan Kabinet di Putrajaya bagi menandakan ulang tahun pentadbiran PN.



“Sokongan ini akan tentunya memperkukuhkan kerajaan PN dalam usahanya dan rancangan menguruskan pandemik Covid-19 dan mencergaskan ekonomi negara,” tambah beliau. 



Sokongan kededua AP itu akan mengembalikan majoriti tipis kepada PN, dengan seramai 111 AP daripada 222 kerusi Parlimen. 



Ini berlaku hanya beberapa hari selepas Sultan Abdullah Ahmad Shah berkata Parlimen boleh bersidang dalam masa darurat, satu langkah yang boleh membenarkan pihak pembangkang mengadakan pengundian tidak yakin terhadap Tan Sri Muhyiddin.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >