Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

2 calon PM Britain tikam lidah isu belanjawan, cukai

Jul 27, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Dua calon terakhir bagi merebut jawatan perdana menteri Britain bagi menggantikan Encik Boris Johnson, bertembung dalam satu perbahasan yang disiarkan di televisyen, di mana mereka dilihat saling bertikam lidah menyentuh perancangan belanjawan dan cukai yang diketengahkan.



Setiausaha Luar, Cik Liz Truss, yang menjadi pilihan ramai untuk memenangi pilihan raya kepimpinan Parti Konservatif, memberitahu mantan Menteri Kewangan, Encik Rishi Sunak bahawa penekanannya dalam mengimbangi buku kewangan pemerintah akan menyebabkan ekonomi mengalami kemelesetan.



"Menghempaskan ekonomi bagi membayar hutang dengan lebih pantas adalah satu kesilapan besar," kata Cik Truss.



Encik Sunak, yang peletakan jawatannya dari kerajaan awal bulan ini yang membawa kepada kejatuhan Encik Johnson berkata pelan Cik Truss yang mahu memotong cukai hanyalah satu "gula-gula" berbentuk sementara untuk ekonomi sebelum ia terhempas.



Tempoh terakhir pertandingan ini menyaksikan Encik Sunak, mantan ahli perbankan Goldman Sachs, yang meningkatkan beban cukai ke paras tertinggi sejak 1950-an, berdepan Cik Truss, yang menerusi langkah Brexit dan berikrar untuk memotong cukai dan kawalan yang ada.



Encik Sunak sebelum ini berjanji akan bersikap tegas terhadap China sekiranya dipilih menjadi Perdana Menteri Britain berikutan kuasa besar Asia itu dilihat sebagai 'ancaman nombor satu' kepada keselamatan domestik dan global.



Ikrar mantan menteri kewangan itu dibuat selepas pesaingnya, Cik Truss, menuduhnya lemah terhadap di China dan Russia.



Antara yang dicadangkan Encik Sunak ialah penutupan semua 30 Institut Confucius di Britain, menghalang penyebaran pengaruh China melalui program budaya dan bahasa.



Beliau juga berjanji mengeluarkan Parti Komunis China (PKC) dari universiti negara itu dengan memaksa pertubuhan pendidikan tinggi mendedahkan pembiayaan asing lebih daripada AS$60,000 ($83,151.30) dan menyemak perkongsian penyelidikan.



Agensi pengintip domestik Britain MI5 akan digunakan untuk membantu memerangi pengintipan China dan Encik Sunak akan berusaha untuk membina kerjasama antarabangsa 'gaya Nato (Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara) untuk menangani ancaman China di alam siber.



Beliau juga akan mengkaji kes untuk mengharamkan pengambilalihan aset utama Britain oleh China, termasuk firma teknologi yang sensitif secara strategik.



"Cukuplah, sudah terlalu lama ahli politik di Britain dan di seluruh Barat melancarkan permaidani merah dan menutup mata terhadap aktiviti dan cita-cita jahat China.



"Saya akan menukar perubahan ini pada hari pertama saya menjadi Perdana Menteri," katanya.



Akhbar Global Times yang dikendalikan pemerintah China sebelum ini berkata Encik Sunak adalah satu-satunya calon mempunyai pandangan yang jelas dan pragmatik dalam membangunkan hubungan Britain-China.



Sementara itu, manifesto Cik Truss turut sama iaitu menggesa pendekatan yang lebih keras, menyeru Kumpulan Tujuh ( G7) untuk menjadi 'ekonomi Nato' terhadap ancaman China dan memberi amaran kepada Beijing mengenai sekatan jika mereka tidak mengikut peraturan antarabangsa - sejajar dengan amaran daripada MI5 dan Biro Siasatan Federal (FBI) mengenai lonjakan dalam pengintipan komersial China di Barat. - Reuters, AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >