Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

2 juta kenderaan dijangka masuk Johor sempena Aidilfitri

Apr 15, 2023 | 4:34 PM
Sesak dijangka sempena Aidilfitri kali ini termasuk di Tambak Johor.
Sesak dijangka sempena Aidilfitri kali ini termasuk di Tambak Johor. - KHALID BABA

JOHOR BAHRU: Kira-kira dua juta kenderaan dijangka memasuki Johor termasuk menerusi laluan darat antara Malaysia dan Singapura melalui Tambak Johor dan Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) sempena Aidilfitri ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata pihaknya menjangka kesesakan luar biasa berlaku terutama di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Iskandar Puteri.

"Sebanyak 47 tempat yang kita jangkakan berlaku kesesakan dan 'hot spot' untuk kemalangan' kita ada 27 tempat yang telah dikenal pasti daripada kajian kita.

"Seramai 700 pegawai dan anggota trafik akan membuat pemantauan di jalan-jalan utama seluruh negeri, khususnya di lokasi titik panas," katanya kepada pemberita selepas meninjau program Kempen Keselamatan Jalan Raya Bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di laluan motosikal Plaza Tol Perling di sini.

Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) sebelum ini berkata lebih 235,000 orang meninggalkan Singapura melalui pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas pada 6 April, menjelang hujung minggu panjang Good Friday.

Ini merupakan trafik keluar harian tertinggi yang direkodkan sejak sempadan darat dengan Malaysia dibuka semula kira-kira setahun lalu. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg