2 maut, 7 cedera dek serangan di North Carolina

NORTH CAROLINA: Polis sedang menyiasat dan mencari suspek kejadian tembakan yang menyebabkan dua orang mati dan tujuh lagi cedera dalam tempoh dua hari lalu, termasuk serangan malam Krismas (Selasa, 24 Dis) di luar sebuah pusat membeli-belah, di sini, kata pihak berkuasa.

Menurut polis, pada malam Selasa lalu, tembakan dilepaskan daripada sebuah kenderaan yang lalu di hadapan kumpulan yang sedang berhimpun di tempat letak kereta di luar pusat membeli-belah menyebabkan enam lelaki dikejarkan ke hospital, tiga daripada mereka dalam keadaan kritikal.

Ketua Jabatan Polis Daerah High Point, Chris Weisner berkata, semalam keenam-enam mangsa tersenarai dalam keadaan stabil, tetapi penyiasat perlu mengenal pasti mana-mana suspek atau kenderaan yang terbabit.

Pada masa sama, Weisner berkata, penyiasat masih cuba memastikan kemungkinan serangan pada malam Rabu, 25 Disember, mempunyai kaitan dengan kejadian tembakan berasingan malam sebelumnya menyebabkan seorang daripada dua mangsa meninggal dunia pada hari berikutnya. - Reuters