Topik diikuti
Pergi ke BHku2 maut, puluhan cedera di Jepun akibat Taufan Trami
2 maut, puluhan cedera di Jepun akibat Taufan Trami
2 maut, puluhan cedera di Jepun akibat Taufan Trami
2 maut, puluhan cedera di Jepun akibat Taufan TramiDua maut manakala puluhan lagi cedera selepas dibadai Taufan Trami minggu lalu.
Bahkan, sistem pengangkutan awam negara itu terjejas hari ini.
Menjelang pagi tadi, taufan berkenaan sudah meninggalkan tanah Jepun.
Namun, angin kencang dan hujan lebat menyebabkan kerosakan pada jalan raya utama dan laluan kereta api.
Pegawai dan polis berkata dua disahkan maut akibat taufan.
Masing-masing kerana tanah runtuh di barat Tottori dan lemas di Yamanashi, barat Tokyo.
Dua lelaki berkenaan dipercayai meninggal dunia hari ini apabila Trami melanda barat Jepun.
Menurut agensi penyiaran rasmi NHK, bencana itu juga menyebabkan dua penduduk dilapor hilang dan mencederakan lebih 120 lagi.
Trami mula membadai Jepun malam semalam sekali gus membawa bersama angin kencang dan hujan lebat di kawasan yang sebelum ini sedia terjejas akibat cuaca buruk.