Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

2 pekerja binaan cedera susuli keruntuhan perancah besi berhampiran lebuhraya Damansara-Shah Alam

Jun 20, 2021 | 01:02 AM



KUALA LUMPUR: Dua pekerja binaan dipercayai cedera selepas perancah besi atau ‘scaffolding’ lebuhraya yang sedang dalam pembinaan runtuh berhampiran Plaza Tol Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) susur keluar Kota Damansara, pada petang Sabtu (19 Jun).



Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.14 malam.



Seramai sembilan anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh telah dikejarkan ke lokasi kejadian.



Menurut bomba, mangsa yang merupakan lelaki warga Bangladesh berusia dalam lingkungan 20 hingga 40 tahun sedang bekerja di bawah struktur itu.



“Berdasarkan laporan awal, runtuhan konkrit yang sedang dalam pembinaan itu telah runtuh dari ketinggian 12 meter,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Sabtu.



Mengulas lanjut, Norazam berkata kesemua mangsa mengalami kecederaan ringan dan telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh, Selangor untuk menerima rawatan.



Sementara itu, Projek Lintasan Damansara-Shah Alam Sdn Bhd (Prolintas) dalam satu kenyataan pada Sabtu, mengesahkan kejadian tersebut.



"Dua pekerja warga Bangladesh cedera dan telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan.



"Insiden tidak membabitkan pengguna lebuhraya atau orang awam kerana ia berlaku di dalam kawasan pembinaan yang tertutup.



"Pasukan Respons Kecemasan (ERT) DASH telah berada di tapak kejadian untuk mengawal trafik dan mengalihkan perancah besi yang terlibat," kata Prolintas yang merupakan pemaju bagi projek Lebuh Raya DASH.



Sehubungan dengan itu, Prolintas memaklumkan, arahan pemberhentian kerja di tapak  binaan telah dikeluarkan dengan serta-merta.



"Pihak pemaju dan kontraktor utama terlibat akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berwajib dalam melakukan siasatan.



"Pihak kami akan mengeluarkan kenyataan susulan berkaitan insiden ini dari masa ke  masa," kata kenyataan itu lagi. - Astro Awani




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >