Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

SKANDAL KARTEL DAGING DI M'SIA

2 pengarah firma pembekal daging didakwa di mahkamah JB

Dec 31, 2020 | 05:30 AM



JOHOR BAHRU: Syarikat pembekal daging Malaysia Raihanah Cold Storage dan dua pengarahnya didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru semalam.



Firma dan pengarah tersebut didakwa menggunakan logo halal tidak disahkan pada lori milik mereka awal Disember lalu.



Encik Rahman Sheikh Abdullah, 44 tahun, dan Cik Raihanah Kassim, 42 tahun, yang juga pemilik Raihanah Cold Storage, mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan berkenaan depan Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz, menurut laporan akhbar Harian Metro.



Bagi tuduhan pertama, Encik Rahman dan Cik Raihanah, yang juga suami isteri, didakwa menggunakan logo halal tanpa perakuan halal pihak berkuasa pada sebuah lori jenama Isuzu.



Secara bersama sebagai pemilik Raihanah Enterprise, mereka juga didakwa menggunakan logo halal tanpa perakuan halal pihak berkuasa pada sebuah lori jenama Mitsubishi.



Raihanah Cold Storage dan pasangan itu didakwa melakukan dua kesalahan itu di premis syarikat di Taman Perniagaan Setia sekitar 1 tengah hari pada 1 Disember lalu.



Jika sabit kesalahan, firma itu boleh dikenakan hukuman denda sekurang-kurangnya RM200,000 ($65,590). Kesalahan kedua atau berikutnya pula akan dikenakan hukuman maksimum RM500,000.



Bagi Encik Rahman dan Cik Raihanah selaku pengarah firma pula, mereka boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM100,000, penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali.



Bagi kesalahan kedua atau berikutnya, mereka boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM250,000, penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali.



Kes tersebut dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya (DPP) T. Ashvini.



Encik Rahman dan Cik Raihanah diwakili peguam Noor Liana Hashim dan Lau Kok Guan.



Sebelum ini, pihak DPP memohon mahkamah mengenakan ikat jamin RM50,000 dengan seorang penjamin terhadap Encik Rahman dan Cik Raihanah bagi tuduhan kedua.



DPP Ashvini berkata jaminan tinggi wajar dikenakan memandangkan kes logo halal mendapat liputan meluas pihak media dan turut dibincangkan di Parlimen Malaysia.



Sebagai tindak balas, peguambela Cik Noor Liana dan Encik Lau merayu agar ikat jamin itu dikurangkan atas sebab syarikat itu masih beroperasi dengan 20 pekerja.



Pasangan itu juga menanggung empat anak berumur antara 10 dengan 20 tahun.



Mahkamah kemudian menetapkan ikat jamin masing-masing pada RM40,000 dan seorang penjamin.



Sebutan semula kes akan berlangsung pada 19 Januari depan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >