DUA warga Singapura, yang hilang di Gunung Pulai, Johor, sejak petang Isnin, masih belum ditemui walaupun pihak berkuasa Malaysia berkata dapat mengesan lokasi awal kedua-dua mereka.

Pasangan itu, seorang lelaki dan seorang wanita, berusia 27 tahun, telah ke gunung di daerah Kulai, Johor itu untuk mendaki.