Premium
20 jenazah warga M'sia selamat pulang
Kerajaan isytihar Hari Perkabungan Negara
Aug 23, 2014 | 6:00 AM
ISTIADAT PENGHORMATAN: Anggota Rejimen Askar Melayu Diraja memberi penghormatan sebelum mengusung keranda mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines ketika 'Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17' berlangsung di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. - Foto AFP -
KUALA LUMPUR: Bendera Malaysia, yang juga dikenali sebagai Jalur Gemilang, dikibar separuh tiang ketika negara 30 juta penduduk itu bersatu dalam hiba bagi mengenang 20 warganya yang diragut maut apabila pesawat yang mereka naiki bersama 278 yang lain terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai lalu. Tragedi itu sesuatu yang menyayat hati dan mengejutkan dunia.
Semalam tepat 10.54 pagi, seluruh Malaysia bertafakur selama seminit bagi memberi penghormatan kepada 20 rakyat Malaysia yang terkorban dalam tragedi yang menimpa pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17.

