Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

20 maut, 5 hilang dalam banjir Jawa Timur

Dec 3, 2017 | 4:01 PM
BANJIR DI INDONESIA: Inilah kawasan Pacitan, Jawa Timur, yang dilanda banjir. Taufan tropika yang melanda tanah Jawa awal minggu lalu telah menyebabkan berlakunya banjir teruk dan tanah runtuh, menurut pihak berkuasa.
BANJIR DI INDONESIA: Inilah kawasan Pacitan, Jawa Timur, yang dilanda banjir. Taufan tropika yang melanda tanah Jawa awal minggu lalu telah menyebabkan berlakunya banjir teruk dan tanah runtuh, menurut pihak berkuasa. - Foto AFP

JAKARTA: Sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh dan lima lagi hilang akibat tanah runtuh dan banjir di wilayah Jawa Timur, Indonesia.

Tanah runtuh dan banjir itu disebabkan taufan tropika, Taufan Dahlia.

Agensi Bencana Negara Indonesia berkata jumlah mereka yang terpaksa meninggalkan rumah kini mencapai 2,050 orang setelah seramai 1,879 orang dipindahkan kelmarin.

Dianggarkan bahawa tanah runtuh dan banjir di Pacitan, Jawa Timur, telah memusnahkan lebih 1,700 rumah.

"Usaha mencari mangsa dan memindahkan penduduk masih dijalankan, melibatkan pegawai agensi bencana dan pegawai mencari dan menyelamat. Kami turut mengerahkan askar, pegawai polis dan sukarelawan untuk membantu," kata jurucakap agensi bencana, Encik Sutopo Purwo Nugroho.

Pihak berkuasa Jawa Timur Jumaat lalu menggesa orang ramai supaya bersiap sedia menghadapi hujan lebat setelah ramalan cuaca menunjukkan Taufan Dahlia dijangka berada di bahagian tenggara Lautan Hindi dengan kelajuan angin maksimum 95 kilometer sejam.

Encik Sutopo berkata taufan itu dijangka menjejas 28 wilayah di Jawa Timur, Yogyakarta dan Bali. Bali juga dalam keadaan berjaga-jaga kerana Gunung Agung dijangka meletus dalam beberapa hari lagi. - Agensi berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg