LONDON: Ketua Eksekutif HSBC Holdings, Encik Stuart Gulliver, berkata operasi perdagangan yang menjana 20 peratus pendapatan bagi bank pelaburan itu di London, mungkin berpindah ke Paris berikutan langkah Britain meninggalkan pasaran tunggal Kesatuan Eropah (EU).
"Aktiviti khusus yang dilindungi undang-undang EU akan berpindah, dan melihat kepada bilangan itu, ia sekitar 20 peratus daripada pendapatan," kata Encik Gulliver dalam wawancara dengan Televisyen Bloomberg di Forum Ekonomi Sedunia (WEF) di Davos, Switzerland.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg