SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

20 pelombong emas tertimbus di Kalimantan Barat

20 pelombong emas tertimbus di Kalimantan Barat

Sep 18, 2022 | 5:30 AM

20 pelombong emas tertimbus di Kalimantan Barat

3de725e6-0d2d-4c96-88a6-cd1224cc1929
-

KALIMANTAN BARAT: Seramai 20 pelombong tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di lombong emas di wilayah Kalimantan Barat, Indonesia, kata ketua operasi menyelamat, Encik Eryk Subaryanto, kelmarin.

Media tempatan melaporkan, anggota pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dari Pos SAR Sintete telah membantu pencarian puluhan korban yang disyaki tertimbus akibat tanah longsor di kawasan PETI (Pertambangan Emas Tanpa Izin) di Desa Kinande, Kecamatan Lembah Bawang, Kabupaten Bengkayang, pada Khamis lalu.

"Kami menerima maklumat pada Jumaat dan segera menghantar anggota kami ke lokasi kejadian," katanya ketika dihubungi agensi berita Xinhua.

Menurutnya, operasi menyelamat mengalami kesukaran susulan hujan lebat sejak beberapa hari lalu, dan lokasi lombong juga jauh selain kekurangan kemudahan komunikasi.

Misi mencari dan menyelamat melibatkan tentera, kakitangan agensi pengurusan bencana dan mitigasi tempatan serta penduduk kampung, katanya.

"Kami bersama pasukan SAR gabungan melakukan pencarian terhadap korban yang tertimbun tanah longsor semasa mendulang atau mencari emas," kata Komandan Pos SAR Sintete, Encik Zulhijah, yang hanya menggunakan satu nama sahaja, dalam keterangan tertulisnya di Bengkayang, kelmarin. - Agensi

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg