21 maut akibat banjir di Jakarta, ribuan tinggalkan rumah
Jan 03, 2020 | 05:30 AM
JAKARTA: Pihak berkuasa di Indonesia semalam berkata sekurang-kurangnya 21 orang terbunuh dan puluhan ribu terpaksa melarikan diri dari tempat tinggal mereka yang ditenggelami banjir dan tanah runtuh sejak Tahun Baru.
Bilangan mangsa dijangka bertambah, dengan hujan lebat dijangka hari ini.