Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

23 negara, WHO akur perjanjian atasi pandemik

Untuk pastikan akses universal, adil kepada vaksin, perubatan dan diagnostik wabak masa depan
Mar 31, 2021 | 05:30 AM



BRUSSELS: Pemimpin 23 negara dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam menyokong idea mewujudkan perjanjian antarabangsa untuk membantu dunia mengatasi pandemik pada masa depan.



Idea bagi perjanjian sedemikian, bagi memastikan akses universal dan adil kepada vaksin, perubatan dan diagnostik untuk pandemik, dicetuskan oleh pengerusi pemimpin Kesatuan Eropah (EU) Charles Michel dalam satu sidang kumpulan G20 November lalu.



Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, menyokong idea itu dalam Badan Pimpinan pada Januari lalu, tetapi rundingan rasmi belum bermula, kata diplomat.



WHO menghadapi kritikan bagi usahanya menangani pandemik Covid-19 dan dituduh oleh mantan presiden Amerika Syarikat Donald Trump membantu Beijing berselindung tentang sejauh mana pandemik itu telah menjejas China, satu dakwaan yang dinafikan agensi itu.



Semalam, usul perjanjian itu mendapat sokongan rasmi pemimpin Fiji, Portugal, Romania, Britain, Rwanda, Kenya, Perancis, Jerman, Greece, Korea, Chile, Costa Rica, Albania, Afrika Selatan, Trinidad and Tobago, Belanda, Tunisia, Senegal, Sepanyol, Norway, Serbia, Indonesia, Ukraine dan WHO.



"Akan ada pandemik lain dan kecemasan kesihatan lain. Tidak ada sebuah pemerintah atau agensi berbilang hala pun yang dapat menangani ancaman ini sendirian," tulis para pemimpin itu dalam sebuah rencana bersama di beberapa surat khabar utama.



"Kami percaya bahawa negara-negara harus bekerjasama ke arah sebuah perjanjian antarabangsa baru untuk persiapan dan respons pandemik," kata mereka.



Matlamat utama perjanjian tersebut ialah memperkukuh daya tahan dunia terhadap pandemik masa depan melalui sistem amaran lebih baik, perkongsian data, penyelidikan serta pengeluaran dan pengedaran vaksin, ubat-ubatan, diagnostik dan peralatan pelindung diri, kata mereka.



Perjanjian itu juga akan menyatakan bahawa kesihatan manusia, haiwan dan planet semuanya saling berkait dan harus membawa kepada sikap tanggungjawab bersama, ketelusan dan kerjasama di seluruh dunia.



"Kami yakin adalah tanggungjawab kami, sebagai pemimpin negara dan institusi antarabangsa, memastikan dunia belajar daripada pandemik Covid-19," tulis para pemimpin itu.



Pakar berkata Covid-19 tidak akan menjadi pandemik terakhir dialami dunia. Ramai pakar menantikan 'Penyakit X', sebuah penyakit berjangkit teruk yang belum dilihat dunia.



Tindakan pencegahan terbaik terhadap pandemik seterusnya, kata pakar itu ialah pemantauan antarabangsa yang aktif, khususnya di tempat penyakit baru selalu timbul.



Sebelum ini, Amerika Syarikat telah memberi komitmen sebanyak AS$82 juta ($109 juta) selama lima tahun untuk menubuhkan dan menyokong Pusat bagi Penyelidikan Penyakit Berjangkit Baru (Creid), sebuah jaringan pengawasan global yang ditugaskan mengesan patogen pandemik berikutnya sebelum ia melonjak daripada hidupan liar ke manusia. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >