Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

25,000 permaidani baru dipasang di Masjidil Haram

Mar 15, 2024 | 11:24 AM



RIYADH: Sebanyak 25,000 permaidani baru telah dipasang di Masjidil Haram di Makkah untuk menyambut Ramadan, umum jurucakap Penguasa Am bagi Hal Ehwal Dua Masjid Suci pada 11 Mac.


Memandangkan Ramadan adalah masa untuk meningkatkan ibadah dan kerohanian, Masjidil Haram melihat peningkatan anggota jemaah yang mengerjakan umrah dan menunaikan solat.

Jemaah juga berpusu-pusu ke masjid itu untuk menunaikan solat tarawih, lapor Arab News.


Permaidani itu, yang dibuat di Arab Saudi, memenuhi kriteria dan spesifikasi tertentu untuk disesuaikan dengan ruang masjid itu bagi keperluan jemaah.

Ia bermutu tinggi dengan sentuhan mewah supaya jemaah boleh menjalankan ibadah mereka dengan “rasa tenang dan khusyuk”, kata jurucakap tersebut.

Pada masa lalu, permaidani di Masjidil Haram diimport dari Jerman, Belgium dan Lebanon.

Mulai 2000, import permaidani dihentikan dan kumpulan pertama permaidani dihasilkan di kilang di Makkah.

Sejumlah 14 kumpulan pertama permaidani Makkah yang dibuat di Arab Saudi mempunyai spesifikasi serupa.

Bagaimanapun, ia dibuat dengan ton warna merah. Kemudian, warna hijau digunakan dan warna tersebut menjadi standard bagi Masjidil Haram dan Masjid Nabawi di Madinah.

Selain jemaah umrah, umat Islam lain turut membanjiri Masjidil Haram untuk menunaikan solat.

Masjid itu juga menubuhkan jabatan khas bagi membersih, membasmi kuman dan mengharumkan permaidani itu dengan bantuan teknologi terkini dan terbaik.

Jurucakap tersebut turut menyatakan 3,000 tandas disediakan di pekarangan masjid itu dan 50 tempat mengambil wuduk di dalamnya.

Untuk menghilangkan dahaga jemaah sebelum dan selepas berpuasa, 15,000 bekas air zamzam dan 150 stesen air zamzam di sediakan.

Menurutnya, masjid itu dicuci dan disembur dengan pembasmi kuman 10 kali sehari, dengan 4,000 pekerja bekerja di bawah 400 penyelia sepanjang 24 jam.

Sebanyak 4,000 peralatan dan mesin digunakan bagi memastikan kesihatan dan keselamatan pengunjung, dan 3,000 liter penyegar udara bermutu digunakan untuk memastikan suasana menyenangkan. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >