Premium
26,000 pekerja Lufthansa hadapi risiko diberhentikan
Syarikat penerbangan antarabangsa diramalkan akan kerugian lebih AS$84 bilion ($116 bilion) tahun ini akibat koronavirus Covid-19 yang telah menjejas teruk perjalanan udara, menurut Penguasa Pengangkutan Udara Antarabangsa (Iata) awal minggu ini. BERITA HARIAN mengupas kesannya kepada syarikat penerbangan di rantau ini, serta pekerja dalam sektor tersebut.
Jun 12, 2020 | 5:30 AM

-
LUFTHANSA berkata semalam jawatan seramai 26,000 pekerja adalah lebih daripada yang diperlukan, menunjukkan bahawa lebih banyak pekerjaan akan dipotong di syarikat penerbangan Jerman itu berbanding angka 10,000 yang disebut beberapa minggu lalu.
Bercakap selepas satu pertemuan dengan kesatuan sekerja, seorang jurucakap Lufthansa berkata syarikat penerbangan itu menganggarkan bahawa ia mempunyai lebihan sekitar 22,000 jawatan sepenuh masa atau seramai 26,000 pekerja.

